banner-main-veev-desktop

Langkah-langkah pertama anda bersama peranti VEEV

Ketahui kesemuanya untuk anda bermula dengan peranti VEEV:

Cara penggunaan yang betul serta tip-tip untuk pengalaman yang terbaik.

icon veev

Peranti VEEV

Cara menggunakan peranti VEEV buat pertama kali.

  1. Unbox
    Bersedia untuk pengalaman baharu bersama peranti VEEV dan pastikan anda mempunyai semua yang diperlukan sebelum mula: peranti, Kabel Pengecas yang diluluskan oleh pengeluar bersama Penyesuai Kuasa AC sah serta bahan cecair VEEV kegemaran anda.
  2.  Penyediaan
    Masukkan pod V-CERAMIC™ ke dalam peranti anda dan bersedia untuk menikmatinya.
  3. Hidupkan
    Pastikan peranti VEEV anda dicas secukupnya untuk memulakan pengalaman. Sebelum penggunaan pertama, tekan dan tahan butang ON/OFF selama tiga saat, kemudian lepaskan untuk menghidupkan peranti . Empat lampu putih akan menyala perlahan-lahan sebagai tanda peranti sedia digunakan.
  4. Peranti VEEV
    Mudah sahaja: terus guna saja! Sedutan perlahan akan memberikan pengalaman vape terbaik dengan peranti VEEV. Anda juga boleh menukar pod V-CERAMIC™ bila-bila masa walaupun peranti masih hidup.
  5. Matikan
    Jika peranti VEEV tidak digunakan selama tiga saat, ia akan masuk ke mod tidur secara automatik untuk menjimat bateri.
    Anda juga boleh matikan peranti secara manual dengan menekan butang ON/OFF selama tiga saat sehingga semua lampu status padam.

VEEV VAPE

Tip dan Panduan

VEEV VAPE

Semakan bateri

  • Dengan peranti VEEV, anda sentiasa tahu bila ia perlu dicas. Anda boleh semak tahap bateri dengan mudah dengan menekan butang ON/OFF seketika.
  • Empat lampu putih akan menyala untuk menunjukkan tahap bateri.
  1. satu lampu putih = 1% – 25% caj
  2. dua lampu putih = 25% – 50% caj
  3. tiga lampu putih = 50% – 75% caj
  4. empat lampu putih = >75% caj

Jangan tutup lubang aliran udara Airflow.

  • Untuk memastikan penghantaran aerosol yang betul, udara perlu sentiasa dapat mengalir melalui peranti anda.
  • Bila anda menyedut, pastikan dua lubang aliran udara di sisi peranti tidak tertutup oleh jari anda atau ada halangan lain.

VEEV VAPE

VEEV VAPE

Cara menukar pod V-CERAMIC™ anda.

  • Anda boleh menukar pod V-CERAMIC™ dengan mudah bila-bila masa walaupun peranti VEEV masih hidup.
  • Apabila pod baharu dimasukkan, lampu status akan menyala perlahan sebagai tanda peranti sedia digunakan.